Selangkah ke hadapan……
Sejujurnya tak ada apa pun yang nak dikisahkan dengan perkara yang bakal aku ceritakan ni. Mungkin bagi orang lain tak ada signifikannya pun. Tapi tak mengapalah, lain orang lain ragam. Aku cuba nak menjadi seorang yang selalu mengekpresikan diri supaya tak dikata ‘kayu’ dalam bab2 perasaan ni.
Sebenarnya, kami geng OZFivers (OZF) dah dengan rasminya dinaikkan pangkat setakuk lagi dari 41 menjadi 44 bermula 1st Februari 2008. Mulanya ramai yang anggap cerita ni hanyalah khabar angin memandangkan banyak betul spekulasi yang dibuat. Ada yang kata kami akan naik 44 dalam bulan Januari 2008 dan sejak tu, ramai la geng2 OZF dah tak senang duduk menunggu kata rasmi daripada Y.Bhg.Ayahanda JPA. Dan memang panas isu ni sampaikan laman sesawang OZF penuh dgn komen2 yang bukan2.
Nak dijadikan cerita, rupanya kenaikan pangkat ni memang realiti, cuma geng OZF dapat surat rasmi secara staggered (berperingkat). Dan ada la yang ternanti2 surat depa bila nak sampai. Sampai ada yang bertegang urat gaduh2 pasal surat keramat ni la.
Bagi aku, tak salah kalau nak excited sebab memang kita deserved it. Selama 2tahun lebih kita kerja macam s*** (dengan izin..) sudah tentu kita nakkan perubahan yang lebih baik kan. Nak jugak kita men’taichi’ miting2 dan seminar2 hampeh ke adik2 junior pulak kann. Nak jugak merasa elaun yang agak lumayan tu..Tapi ramai orang tak paham kenapa kita cepat sangat nak naik pangkat. Dan sekali lagi bagi aku let them be..hanya jauhari mengenal manikam (hehehe).
Dan permulaan yang baik sudah tentu akan dapat kesudahan (setakat ini) yang baik. Hari ini, dapatlah jua aku pegang surat naik pangkat tu selama 5 minit lebih kurang sebelum dimasukkan ke dalam bilik bigbossku. My feelings? Biasa2 sahaja memandangkan dah tau pun perkara ni, jadi tak ada la suprisenya. Cuma bersyukur aku dapat yang lebih baik dalam hidup ini. Dan agak sedih sebab terpaksa meninggalkan unit yang banyak mewarnai hidupku ini..dan boskecik yang amat bertimbangrasa. Tengok je muka boskecik aku dah tau dia kecewa (taktau la kalau air mukanya tipu) sebab unit kami akan tempang (cacat ler) sebab short staff sentiasa. Tapi takpe boskecik, i’ll be there for u (chewah) sebab for the next two months aku akan buat dua kerja dalam satu masa. Lebih parah, bulan Julai boskecik akan sambung study buat master selama 2 tahun FULL TIME..maknanya aku dan my partner in crime akan berganding bahu buat kerja sama-sama.
All in all, aku bersyukur dan sedikit sesak nafas sebab 25-29 Februari ni kena pergi kursus kepimpinan (WAJIB) utk naik pangkat kat Ulu Sepri…i’ll take the challenge Ayahanda JPA..if this is u want. whatever.
Akhirnya, naik pangkat bagi aku biasa-biasa saja….
February 14th, 2008 at 4:33 pm
C O N G R A T U L A T I O N akak..
February 14th, 2008 at 8:50 pm
thanks lia..ada masa kita makan2 yea…..
February 19th, 2008 at 11:42 pm
mboi…congrats…yg ptg kbrktn….ko dh usha,twkal…Allh dh makbulkan…jgn riak,sombong..k…down 2 earth…gud luck 4 u…
February 20th, 2008 at 8:46 pm
tq kak udaku sayang…
tu la..mudah2an allah berkati rezeki kita
April 6th, 2008 at 9:14 pm
“maknanya aku dan my partner in crime akan berganding bahu buat kerja sama-sama.”
sapakah my partner in crime itu? jeng..jeng..jeng…
neway.. congrats!!